Thursday 7 June 2012

SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU @ BARBECUE

IBU-IBU ENGKAULAH RATU HATIKU
BILA KU BERDUKA,ENGKAU HIBURKAN SELALU
IBU-IBU ENGKAULAH RATU HATIKU..
                                                                   

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Assalamualaikum...dengar je lagu kat atas ni mesti teringatkan bulan MEI kan.Pada 22 mei lalu PERMATA Bentong telah mengadakan serentak sambutan Hari Ibu dan Hari Guru.Sempena dengan tema pembelajaran PERMATA juga iaitu Makanan,pihak PIBP telah sepakat mengadakan program barbecue dan sambutan Hari Lahir bagi bulan Januari hingga Mei.

Pada sebelah pagi, kaum ibu yang menjadi surirumah datang ke PERMATA untuk membuat persiapan seperti mencuci ayam,daging dan membuat rempah untuk pemerapan.


Tepat jam 3.15 petang majlis bermula.Bagi memberkati majlis bacaan doa telah dibacakan oleh Ayah Nurfitrah Iman iaitu En.Zulkapli.Sambutan Hari Guru bermula.

  
 Kek sambutan cantiknye..Nyumm !!! nyummm!!!


Para pendidik PERMATA dan Ibubapa yang menjadi guru menyanyikan lagu Guru Malaysia

Mari potong kek

Penyampaian hadiah untuk pendidik PERMATA kepada cikgu Mardinatun selaku ketua pendidik disampaikan oleh pengerusi PIBP En.Ridzuan,terima kasih ye...

Para ibu-ibu yang diraikan
Wakil daripada ibu memberi ucapan khas

 Sambutan Hari Lahir Anak-anak PERMATA

Semoga anak-anak sekalian beroleh kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur hendaknya

Kad Hari Ibu daripada anak-anak PERMATA


 Ini hadiah untuk anak-anak PERMATA daripada PIBP




 PROGRAM BARBECUE





Mari kita tengok aksi-aksi mereka ni menjamu selera...
 








Hari Buah buahan

Pada 26 April sempena dengan tema bulanan Deria telah diadakan pesta buah buahan.Setiap keluarga dikehendaki membawa satu jenis buah tempatan hasil daripada undian yang telah dibuat.Ada keluarga  terkena bawa buah yang tidak bermusim,jadi terpaksa digantikan dengan buah yang bermusim.Anak-anak PERMATA diperkenalkan dengan bermacam-macam buah.Nanti kalau dah kenal jom la kita rasa pula.Ada pelbagai rasa seperti masam,manis,tawar dan lain-lain.

 Antara ibubapa yang hadir

Ini buah apa anak-anak ??? tanya teacher Mar


 Acara yang dinantikan sudah tiba,jom kita makan buah pula.Buah-buahan ini dicampur dan digaulkan dengan kuah rojak,wah lagi sedap la.


 Pemotong buah yang setia En.Rizuan ( Ayah Razan )
Nampak tak ada satu bekas yang ada rojak buah tu..Nyummm !!! nyummm !!!

 Apalah ye agaknya perkara yang dibincangkan oleh mama irissya dengan ibu zafira tu ?





  

Gotong royong Besar besaran

Kebersihan mestilah dijadikan fokus utama dan mestilah dititik beratkan apatah lagi kepada kanak-kanak yang amat sensitif pada habuk. Justeru itu pada 6 Mac 2012 pihak PIBP telah bersetuju untuk mengadakan gotong royong membersihkan kawasan PERMATA di luar dan di dalam.Ketua pendidik telah memberi tugasan kepada setiap keluarga.

Nampaknya kedatangan ibubapa amatlah memberangsangkan,dan telah memberi kerjasama dengan baik.Pihak PERMATA mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua yang terlibat dalam menjayakan gotong royong ini.


                                                        Hati-hati ye ayah Akil



Inilah dia kaum bapa yang bertungkus lumus memastikan tiada habuk



Wah sudah berkilat tingkap,terima kasih ye umi Amirah

Mama Aniq khusyuk mengelap meja
Ini emak Iman dengan mama Shamsul,mesti best ni kalau dapat tidur sebab sudah bersih

Wednesday 6 June 2012

CERAMAH KESIHATAN

Cepat masa berlalu sedar tak sedar dah masuk bulan Februari.Pada tarikh 16/2 pukul 3 petang bertempat di dewan serbaguna Kampung Bukit Gajah telah diadakan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh  Pegawai Kesihatan dan Ketua jururawat Noorazizah Binti Hassan dari Klinik Kesihatan Simpang Pelangai.Ceramah  disampaikan ialah mengenai penyakit berjangkit dikalangan kanak-kanak.Banyak informasi telah diberikan.Pihak PERMATA Bentong berharap semua ibubapa dan pendidik dapat mengambil berat tentang kesihatan anak-anak.
 
 







Kusyuknya mendengar

Hari Ramah Mesra (Suai Kenal)

Pada 19 Januari 2012 bersempena tema bulanan Saya dan Keluarga saya (My Family),Papn Bentong telah mengadakan aktiviti merekacipta buku skrap mengenai salasilah keluarga mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.Acara sebegini dapat merapatkan silaturrahim antara keluarga dan juga mengenali ahli2 yang lain.
Mari kita tengok aksi-aksi mereka