Thursday, 7 June 2012

SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU @ BARBECUE

IBU-IBU ENGKAULAH RATU HATIKU
BILA KU BERDUKA,ENGKAU HIBURKAN SELALU
IBU-IBU ENGKAULAH RATU HATIKU..
                                                                   

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Assalamualaikum...dengar je lagu kat atas ni mesti teringatkan bulan MEI kan.Pada 22 mei lalu PERMATA Bentong telah mengadakan serentak sambutan Hari Ibu dan Hari Guru.Sempena dengan tema pembelajaran PERMATA juga iaitu Makanan,pihak PIBP telah sepakat mengadakan program barbecue dan sambutan Hari Lahir bagi bulan Januari hingga Mei.

Pada sebelah pagi, kaum ibu yang menjadi surirumah datang ke PERMATA untuk membuat persiapan seperti mencuci ayam,daging dan membuat rempah untuk pemerapan.


Tepat jam 3.15 petang majlis bermula.Bagi memberkati majlis bacaan doa telah dibacakan oleh Ayah Nurfitrah Iman iaitu En.Zulkapli.Sambutan Hari Guru bermula.

  
 Kek sambutan cantiknye..Nyumm !!! nyummm!!!


Para pendidik PERMATA dan Ibubapa yang menjadi guru menyanyikan lagu Guru Malaysia

Mari potong kek

Penyampaian hadiah untuk pendidik PERMATA kepada cikgu Mardinatun selaku ketua pendidik disampaikan oleh pengerusi PIBP En.Ridzuan,terima kasih ye...

Para ibu-ibu yang diraikan
Wakil daripada ibu memberi ucapan khas

 Sambutan Hari Lahir Anak-anak PERMATA

Semoga anak-anak sekalian beroleh kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur hendaknya

Kad Hari Ibu daripada anak-anak PERMATA


 Ini hadiah untuk anak-anak PERMATA daripada PIBP




 PROGRAM BARBECUE





Mari kita tengok aksi-aksi mereka ni menjamu selera...
 








No comments:

Post a Comment